Monday, October 12

Hari Keluarga Hj. Ramli Hj. Othman (HRO)








Hari Keluarga HRO, Melaka 2009


9-11 Oktober 2009


Setelah hampir sebulan perancangan telah dibuat, sambutan Hari Keluarga Hj. Ramli Othman (HRO) telah dapat disempurnakan. Sambutan Hari Keluarga tersebut di sambut di KM Chalet, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka. Seranai 176 ahli keluarga dari keturunan ke 7 anak cucu Pengiran Untong.


Hari Pertama : 09/10/09

Kami bertolak dari Mersing pada jam 3.00 petang... 2 bus bertolak dari mersing manakala 1 buas bertolak dari kota tinggi. Pada kul 9.00 malam kami sampai ke destanisa yang dituju. Setibanya di sana, semua ahli keluarrga mendapat bilik masing2...

Pada jam 9.40 malam... kami mengadakan tahlil dan seterusnya jamuan makan... Makanan yang disediakan agak menyelerakan....

Hari Kedua : 10/10/09

Setelah menikmati sarapan pagi, aktiviti pertama bermula iaitu sukaneka untuk kanak2 dan juga orang dewasa... Saat yang paling mengembirakan... Pelbagai karenah dan tingkah laku budak2... Acara yang dijalankan tiub belon sampai pecah, isi air dalam botol, terempoh gergasi, bola tampar pantai, bola sepak pantai, lari dalam gelung rotan dan pelbagai acara lagi.... tak kering gusi melihat telatah budak2 dan juga org2 dewasa..... dan akhirnya semua peserta terjun kelaut...


Selesai berpenat lelah... pihak KM Chalet menyediakan BBQ bagi makan malam...Sebelum itu, didahului dengan bacaan doa selamat oleh Cik. Murad... Ape yang dinantikan ialah ucapan dari penaja...Cik Amah... kami bergitu terharu dengan ucapan yang diberikan... ape yang penulis ingat dalam ucapan beliau adalah... apabila kita suka mempermudahkan kerja orang...insya allah, Allah akan mempermudahkan kerja kita... dalam ucapan beliau juga mengatakan... yang tua semakin kurang dan yang muda makin bertambah... Itulah tujuan beliau menaja majlis hari keluarga... dgn tujuan menghimpunkan seluruh hari keluarga..... Dan jika ada rezeki majlis sambutan ini akan dijadikan acara tahunan ataupun disambut 2 tahun sekali....
Selepas ucapan penaja... ucapan wakil keluarga... Cik Din memberikan ucapan dengan dimulakan salam satu malaysia... Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja yang sudi menghulurkan sumbangan bagi merealisasikan majlis sambutan hari keluarga bagi tahun ini... Seterusnya penyampai hadiah dan persembahan setiap keluarga... majlis berakhir pada pukul 1 pagi dengan tarian poco-poco.... he he he
Hari Ketiga : 11/10/09
Pada pukul 7.00 pagi pihak KM Chalet telah menyediakan sarapan pagi... Semua ahli keluarga menikmati sarapan pagi yang terakhir di KM Chalet.... Pada kul 12.00 kami semua telah meninggalkan KM Chalet dengan seribu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan....
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ucu Amah, semoga Allah mempermudahkan segala urusun beliau dan mendapat rezeki yang berlimpah ruah lagi... Kami juga mendoakan agar beliau sekeluarga selamat dapat menunaikan fardhu haji...









No comments:

Post a Comment