Monday, October 12

Hari Keluarga Hj. Ramli Hj. Othman (HRO)








Hari Keluarga HRO, Melaka 2009


9-11 Oktober 2009


Setelah hampir sebulan perancangan telah dibuat, sambutan Hari Keluarga Hj. Ramli Othman (HRO) telah dapat disempurnakan. Sambutan Hari Keluarga tersebut di sambut di KM Chalet, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka. Seranai 176 ahli keluarga dari keturunan ke 7 anak cucu Pengiran Untong.


Hari Pertama : 09/10/09

Kami bertolak dari Mersing pada jam 3.00 petang... 2 bus bertolak dari mersing manakala 1 buas bertolak dari kota tinggi. Pada kul 9.00 malam kami sampai ke destanisa yang dituju. Setibanya di sana, semua ahli keluarrga mendapat bilik masing2...

Pada jam 9.40 malam... kami mengadakan tahlil dan seterusnya jamuan makan... Makanan yang disediakan agak menyelerakan....

Hari Kedua : 10/10/09

Setelah menikmati sarapan pagi, aktiviti pertama bermula iaitu sukaneka untuk kanak2 dan juga orang dewasa... Saat yang paling mengembirakan... Pelbagai karenah dan tingkah laku budak2... Acara yang dijalankan tiub belon sampai pecah, isi air dalam botol, terempoh gergasi, bola tampar pantai, bola sepak pantai, lari dalam gelung rotan dan pelbagai acara lagi.... tak kering gusi melihat telatah budak2 dan juga org2 dewasa..... dan akhirnya semua peserta terjun kelaut...


Selesai berpenat lelah... pihak KM Chalet menyediakan BBQ bagi makan malam...Sebelum itu, didahului dengan bacaan doa selamat oleh Cik. Murad... Ape yang dinantikan ialah ucapan dari penaja...Cik Amah... kami bergitu terharu dengan ucapan yang diberikan... ape yang penulis ingat dalam ucapan beliau adalah... apabila kita suka mempermudahkan kerja orang...insya allah, Allah akan mempermudahkan kerja kita... dalam ucapan beliau juga mengatakan... yang tua semakin kurang dan yang muda makin bertambah... Itulah tujuan beliau menaja majlis hari keluarga... dgn tujuan menghimpunkan seluruh hari keluarga..... Dan jika ada rezeki majlis sambutan ini akan dijadikan acara tahunan ataupun disambut 2 tahun sekali....
Selepas ucapan penaja... ucapan wakil keluarga... Cik Din memberikan ucapan dengan dimulakan salam satu malaysia... Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja yang sudi menghulurkan sumbangan bagi merealisasikan majlis sambutan hari keluarga bagi tahun ini... Seterusnya penyampai hadiah dan persembahan setiap keluarga... majlis berakhir pada pukul 1 pagi dengan tarian poco-poco.... he he he
Hari Ketiga : 11/10/09
Pada pukul 7.00 pagi pihak KM Chalet telah menyediakan sarapan pagi... Semua ahli keluarga menikmati sarapan pagi yang terakhir di KM Chalet.... Pada kul 12.00 kami semua telah meninggalkan KM Chalet dengan seribu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan....
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ucu Amah, semoga Allah mempermudahkan segala urusun beliau dan mendapat rezeki yang berlimpah ruah lagi... Kami juga mendoakan agar beliau sekeluarga selamat dapat menunaikan fardhu haji...









Tuesday, June 16

PESAYA KUANTAN 31 MEI - 7 JUN 2009

30hb Mei 2009

Penulis dan para atlit telah bertolak ke Pahang menaiki bas yang telah disedia sebanyak 3 buah bas. Kami bertolak pada jam 10 mlm... bagi penulis terlalu jauh perjalanan tersebut kerana banyak kali berhenti... Sejauh manapun berjalan akhirnya kami sampai ke destinasi yang hendak dituju...Alhamdulillah

31 Mei 2009

Perasmian Sukan telah di adakan di dewan SUKPA... nasib kali nie buat di dalam dewan..tak le panas di bawah sinaran matahari... semua kontigen berarak masuk ke pebarisan... Johor paling gah dan kecoh... ha ha ha... dengan pakaian putih dan oren kontigen Johor paling ceria... Perasmian bermula Jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 ptg.. Selepas perasmian semua atlit dijemput menjamu selera di tempat yang disediakan... ape lagi semua menyerbu kelaparan... ha ha ha termasuklah penulis sekali.....

Wednesday, May 20

Perjalananku 19 Mei 2009

Salam....

Hari nie training bola jaring start pagi kul 8-10 am. Sebagai pengurus penulis kena juga menghadiri latihan tersebut...

Selepas tamat latihan, penulis bergegas ke OBS Mersing menghadiri mesyuarat KPYPJ bersama Media... Yang terlibat adalah kak rohaiti, halim, nizam, zaid n rafi... kami menaiki van.... Dalam perjalanan penulis ketawa terbahak2 dok karenah halim ngan juga kafi....

Selesai sahaja meeting kami pekena cendol di bandar mersing.... peh lega rasanya. Jam 2 kami mula bertolak balik ke JB... Singgah di KK Kota untuk menunaikan solat....

Sunday, May 17

Ke UiTM Shah Alam

Salam....

Pada 11 - 15 Mei 2009 aku telah membawa team KIJ ke UiTM Shah Alam menyertai Pesta Sukan Uitm... Kami bertolak pada 11hb jam 9.00 pagi menaiki bus KPYPJ... Emm terdapat sedikit masalah di sana... Pada 15 Mei jam 11.30 pagi kami bertolak balik ke JB...

Pada 16 Mei 2009 sy mengikuti program Motivasi PESAYA yang dianjurkan oleh pihak YPJ di OBS Mersing.... Peh, penat di Shah Alam belum habis....sambung kat Mersing pula... Sebelum ke Mersing jumpa kawan baik kat saujana dulu...

Bukan Aku

Assalamualaikum...

Hari first time belajar wat blog. Kelakar sungguh... Terdapat 5 orang peserta. Zam, Linda ngan aku merupakan pelajar cemerlang...